Setelah hasil rundingan dan persetujuan pihak pentadbiran dan juga dengan kerjasama yang diberikan oleh tender baru pihak dewan makan, maka perubahan di dewan makan telah berlaku terutamanya pemasangan Astro untuk tantapan para pelajar IKM Sik ini berserta dengan ruangan baru iaitu sudut bacaan. Kemudahan ini adalah untuk semua. Maka kita harus menyemaikan rasa syukur dengan apa yang pihak pentadbiran berikan dan juga pihak Majlis Perwakilan Pelajar perjuangkan untuk para pelajar IKM Sik.
Sudut rehat dan bacaan di Dewan Makan IKM Sik Kedah diwujudkan untuk kemudahan para pelajar untuk mengembangkan bacaan serta mengambil tahu tentang isu-isu yang berlaku diluar sana. Ini adalah supaya perkembangan minda pelajar kita tidak tertumpu pada sesuatu perkara sahaja. Selain daripada itu kemudahan Astro juga adalah merupakan sebuah hiburan dan informasi matlumat untuk para pelajar sudah tersedia kini.
Ruang makan berserta televisyen Astro serta pengubahsuaian seperti foto dibawah adalah untuk keselesaan para pelajar. Pembahuruan ini perlu dijaga dengan rapi agar kemudahan yang kita ada dapat digunakan sebaik mungkin untuk generasi seterusnya yang bakal meneruskan perjuangan ini.
(Pihak pengurusan Dewan Makan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga keselesaan para pelajar Institut Kemahiran Mara Sik Kedah)
Maka dengan ini kami Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kepada kami.