Hari ini telah banyak perubahan yang berlaku di IKM Sik terutama sekali berkaitan dengan kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Jika dulu ianya dikenali sebagai BPP ( Badan Perwakilan Pelajar ) tetapi kini tidak lagi kerana IKM bukan lagi sebagai Institut yang bertaraf rendah tapi kini ianya setaraf dengan IPTA yang lain. Ini adalah kerana banyak kejayaan yang telah dikecapi oleh IKM terutamanya sekali dalam johan kemahiran. IKM Sik banyak mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Perubahan demi perubahan berlaku demi memastikan keselesaan terhadap pembelajaran kepada para pelajar telah dilaksanakan oleh Pengarah IKM Sik, Tuan Ahmad Jalaludin Bin Mohd Wahi yang ingin melihat anak bangsa kita berjaya di mata dunia.
Perhimpunan bulanan telah diadakan pada hari ini 13 Januari 2010 iaitu perhimpunan pertama kepada semua pelajar IKM Sik untuk semester ini ( Jan-Jun 2010 ) berjalan dengan lancar. Pendapat peribadi kami begitu tersentuh sekali dengan bacaan doa oleh Timbalan Pengarah Tuan Haji Mohammad Bin Mohd Noor selepas ucapan beliau. Bila ada rasa sedemikian, mudahan-mudahan hati kita menjadi lebih lembut dan bersemangat untuk memulakan langkah baru di tahun yang baru. Selain daripada itu, ucapan menarik telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sendiri iaitu berkaitan Orang Biasa dan Orang Luar Biasa. Apa yang disampai oleh Tuan Pengarah amat memberangsangkan jika ianya diamati dan difahami betul-betul.
Ulasan ucapan dari tuan pengarah yang menarik perhatian kami melalui apa yang kami fahami iaitu perbandingan di antara Orang Biasa dan Orang Luar Biasa :
Orang Biasa
***Sekadar melakukan perkara biasa kerana pemikiran yang hanya sanggup melakukan perkara biasa-biasa sahaja.
***Sentiasa mahu selesa dan rasa selamat.
***Selalu mengambil jalan mudah tanpa berfikir panjang.
***Seringkali menjengkelkan orang lain, meluat dan selalu sakit hati.
Orang Luar Biasa
***Melakukan perkara-perkara yang luar biasa.
***Memiliki matlamat dalam kehidupan.
***Bekerja lebih kuat 2 kali ganda.
***Sanggup bersusah payah terlebih dahulu dan bersenang-senang dikemudian.
***Kehidupan adalah sekolah dan belajar dari kesilapan dan kegagalan.
***Kegagalan adalah kokurikulum dalam kehidupan untuk berusaha mencapai kejayaan.
***Melihat orang lain dengan penuh rasa kagum.
***Membandingkan diri dengan orang lain.
***Tidak akan membandingkan dirinya dengan orang biasa.
***Tidak mengambil peduli tentang hal-hal yang remeh dan tidak menghiraukan kata-kata pemusnah orang biasa.
Dengan apa yang disampaikan sedikit sebanyak telah menyuntik semangat kami dan para pelajar lain untuk lebih berusaha daripada menjadi orang biasa kepada orang luar biasa.
Pada hari ini juga Aktiviti gotong-royong sambutan Bulan Muharram 27 Muharram 1431 Hijriah telah berlangsung dan aktiviti membuat Bubur Asyura dan Bubur Lambuk dijalankan bersama dengan kerjasama MPP dan Pusat Islam IKM Sik oleh Ustaz Adanan Bin Hussin. Foto aktiviti telah dimuat naik dihalaman GALERI, jadi bolehlah anda menjenguk tingkap GALERI untuk melihat sendiri bagaimana aktiviti-aktiviti tersebut dilangsungkan.
Kami begitu berbangga dengan sambutan ini kerana ianya dapat juga dilaksanakan pada awal semester ini biarpun banyak kesibukan dilalui oleh semua pelajar dan kakitangan IKM Sik di awal sesi pembelajaran yang kini bermula. Namun dengan semangat yang ada dan dengan izin yang Maha Kuasa, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA memberikan kami semua kesempatan untuk bersama-sama menyambut bulan pertama Islam iaitu Bulan Muharram.