JELAJAH INFORMASI, BERGERAK SEIRING UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKM SIK KEDAH :

  • JABATAN ELEKTRONIK :

    Sijil Teknologi Komputer ( STKM )
    Sijil Teknologi Elektronik Industri ( STEI )

  • JABATAN ELEKTRIK :

    Sijil Teknologi Elektrik Kuasa ( STEK )
    Sijil Teknologi Elektrik Domestik ( STED )
    Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara ( STPP )

  • JABATAN SENI DAN REKABENTUK :

    Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik ( STRG )
    Sijil Teknologi Lanskap ( STLP )

    Terdapat 8 kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah.

ENCIK SHALYZAM BIN MOHMAD SHUKRI

Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar IKM Sik Kedah

Beliau banyak membantu dalam pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan pengalaman yang beliau kongsi bersama MPP, kini MPP sudah mula berperanan penting di Institut ini. Agenda yang paling penting untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan adalah dengan mewujudkan keistimewaan MPP sebagai sebuah orgnisasi di IKM ini. Sekiranya ada ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak, maka hendaklah kita duduk semeja dan berbincang mengenai isu-isu yang menjadi persoalan. Segala masalah boleh diselesaikan apabila kita bersikap rasional dan matang dalam membuat keputusan.

Selain itu, beliau ( Encik Zam ) berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan MPP, maka hendaklah hadir bersemuka dengannya untuk berbincang tentang apa yang sebenarnya menjadi tanda tanya dan sehinggakan hari ini perasaan tidak puas hati mula timbul. Maka dengan ini juga saya menyarankan agar pelajar, berilah sokongan pada kami untuk memperjuangkan hak-hak pelajar. "Berfikiran terbuka bukan bererti menerima segalanya dengan sambil lewa, tapi meneliti akan makna persoalan tentang Apa, Siapa, Kenapa, Mana dan Bagaimana"

Di sini juga kita menyediakan ruang untuk anda bercerita dan juga anda boleh menghantar maklum balas pada menu "HUBUNGI" di tab manu di atas.

Sekian.

From : Admin Blog MPP

Terima Kasih

Rakan


Thursday, February 24, 2011

  Selepas tamat di sini, ke mana pula?

Ramai yang tertanya-tanya selepas belajar di sini ingin ke mana pula? Peringkat sijil juga sudah layak membolehkan anda mengintai peluang pekerjaan. Anda sudah pun diberi pendedahan awal dalam kemahiran. Usah risau kerana negara kita amat memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir. Peluang itu sentiasa terbuka.

Namun, ianya terpulang kepada anda bagaimana hendak memulakan langkah selepas ini. Adakah anda ingin menyambung ke peringkat yang lebih tinggi atau terus mencari pekerjaan. Tetapi ingat, sikap dan attitude mestilah dijaga dengan baik kerana itu akan mencerminkan imej anda kelak.

Anda boleh sambung ke peringkat diploma selepas dari ini. Banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta menawarkan pakej pembelajaran yang moden dan memenuhi permintaan dalam industri tempatan.

Bagaiman jika gagal? kegagalan itu adalah perpunca dari anda sendiri kerana tidak mahu belajar dari kesilapan. Usah difikirkan bahawa tempat belajar adalah untuk semata-mata belajar dari buku dan praktikal sahaja. Anda perlu melatih diri anda untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kelak. Maka dengan itu persiapan mesti dilakukan mulai sekarang.

Tingkatkan produktiviti, intelektual dan semangat jitu dalam diri anda. Seharusnya anda lebih peka dalam menilai sesuatu yang baik. Jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif kerana ia akan menyebabkan anda akan terus mundur.

Segala keputusan di tangan anda sebagai pelajar dan bekas pelajar IKM Sik Kedah. Tidak kiralah di mana pun anda akan menyambung pelajaran anda, sikap dan contoh yang baik mesti dibawa bersama-sama. Itulah kejayaan terbesar anda menjadi seorang yang boleh memberikan impak yang besar pada masayarakat.

Sekian.

Teruskan bacaan...

  Minggu Silaturrahim(2) 2011

Minggu silaturrahim ini bermula pada 18 hingga 21 Januari 2011, seramai 50 orang pelajar telah mengikuti Program Minggi Silaturrahim bertempat di IKMS. Program tersebut di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKMS yang di ketuai oleh Saudara Izzudin.

Minggu Silaturrahim ini adalah sebagai langkah pertama untuk melatih pelajar untuk menikmati persekitaran baru disamping memupuk disiplin dalam diri pelajar agar lebih berketrampilan sebagai seorang pelajar.

Program ini telah di jayakan oleh pelajar-pelajar baru dengan sempurna.

Teruskan bacaan...

Wednesday, September 8, 2010

  SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua.

Semoga di Aidilfitri ini dapatlah kita bermaaf-maafan dan melupakan sengketa lama jikalau ada. Tangan dihulur memohon kemaafan di hari yang mulia ini.

Maaf Zahir Dan Batin

Teruskan bacaan...

Tuesday, June 22, 2010

  Warkah Untuk Anda

Penulis : Mohd Rashid Bin Salim






Selamat datang ke IKM Sik kepada bakal-bakal pelajar yang akan mendaftarkan diri ke institut ini bagi pengambilan sesi Julai-Disember 2010. Kehadiran pelajar-pelajar baru amat di alu-alukan. Kehadiran anda ke sini pasti ditemani oleh ahli keluarga dan sanak saudara kerana bertapa gembiranya mereka setelah anda masih mempunyai berpeluang melanjutkan pelajaran anda di sini. Usahlah sia-siakan peluang yang terbuka di depan mata. Gunakanlah ianya sebaik mungkin agar kita semua tidak akan ketinggalan di arus kemodenan dunia pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pemohonan untuk belajar di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah. Secara tidak langsung anda telah menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan hasrat membina negara maju yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama dalam mendisplinkan diri supaya dapat memantapkan sahsiah serta kekuatan mental dan fizikal yang ada di dalam diri kita. Selain daripada itu, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta iaitu ALLAH SWT kerana segala nikmat dan anugerah yang diberikanNya adalah bukan sia-sia. Maka gunakanlah peluang ini sebaik-baik mungkin. Seperti kata pepatah Melayu, "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."

Pihak IKM serta Majlis Perwakilan Pelajar mengalu-alukan kedatangan anda semua ke sini setelah tiba di hari pendaftaran. Syabas dan tahniah sekali lagi untuk anda. "Wassalam~!"

Teruskan bacaan...

Monday, May 17, 2010

  Minggu Peperiksaan Akhir Semester Hampir Tiba

24 May 2010 - Pada tarikh ini peperiksaan akhir semester akan tiba, Kami semua mengharapakan restu dari semua pihak khususnya ibu bapa pelajar sekalian. Rasanya belum terlewat bagi Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Hari Guru yang di sambut semalam 16 May 2010 kepada semua warga pendidik IKM Sik Kedah serta seluruh pengajar/guru di seluruh Malaysia.

Teruskan bacaan...

  Salam Perpisahan


Selamat maju jaya buat Pengarah IKM Sik Kedah yang akan bertukar ke KKTM Ledang Johor. Kami MPP begitu berbangga kerana pernah berada di bawah pentadbiran beliau di IKM Sik Kedah ini. Biarpun kini pengarah Tuan Ahmad Jalaludin Bin Mohd Wahi akan bertugas sementara di HQ MARA Jalan Raja Laut sebelum memulakan tugas belias sebagai Pengarah di KKTM Ledang sebuah Kolej baru yang akan dibuka pada awal tahun hadapan, kami tetap merasakan sebuah kehilangan yang begitu besar, namun begitu, demi sebuah perubahan beliau akan terus menjayakan misi dan visinya.

Jasamu dikenang...


Teruskan bacaan...

Tuesday, April 27, 2010

  Bukan Senang Nak Memimpin

Bukan senang untuk dipimpin, apatah lagi untuk memimpin.

Banyak perkara yang perlu diteliti dan banyak aspek dan sudut mesti dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Apa yang penting perlu cekal dan tabah serta berpegang pada pendirian yang benar dan hendaklah sentiasa teguh serta kukuh.

Bagi pendapat saya, agak susah untuk membentuk sahsiah peribadi seseorang yang lain melainkan kita sendiri membentuk sahsiah dan keperibadian diri kita sendiri terlebih dahulu di samping kita menkaji dan melihat orang lain.

Dengan itu barulah orang lain akan pandang dan ikut. Sungguhpun begitu kita kenalah bersabar kerana setiap apa perkara kebaikan yang kita lakukan mesti ada halangannya.

Teruskan bacaan...

Tuesday, April 13, 2010

  KURSUS KEPIMPINAN DAN SAHSIAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IKM SIK


Kursus yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Hutan Rekreasi Gua Kerbau, Kodiang Kedah. Bermula pada 8-11 April 2010. Pelbagai aktiviti-aktiviti lasak dijalankan seperti berkayak, water confident, jungle tracking dan juga aktiviti-aktiviti yang menguji semangat kerjasama di antara ke semua barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Teruskan bacaan...