JELAJAH INFORMASI, BERGERAK SEIRING UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKM SIK KEDAH :

  • JABATAN ELEKTRONIK :

    Sijil Teknologi Komputer ( STKM )
    Sijil Teknologi Elektronik Industri ( STEI )

  • JABATAN ELEKTRIK :

    Sijil Teknologi Elektrik Kuasa ( STEK )
    Sijil Teknologi Elektrik Domestik ( STED )
    Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara ( STPP )

  • JABATAN SENI DAN REKABENTUK :

    Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik ( STRG )
    Sijil Teknologi Lanskap ( STLP )

    Terdapat 8 kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah.

ENCIK SHALYZAM BIN MOHMAD SHUKRI

Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar IKM Sik Kedah

Beliau banyak membantu dalam pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan pengalaman yang beliau kongsi bersama MPP, kini MPP sudah mula berperanan penting di Institut ini. Agenda yang paling penting untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan adalah dengan mewujudkan keistimewaan MPP sebagai sebuah orgnisasi di IKM ini. Sekiranya ada ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak, maka hendaklah kita duduk semeja dan berbincang mengenai isu-isu yang menjadi persoalan. Segala masalah boleh diselesaikan apabila kita bersikap rasional dan matang dalam membuat keputusan.

Selain itu, beliau ( Encik Zam ) berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan MPP, maka hendaklah hadir bersemuka dengannya untuk berbincang tentang apa yang sebenarnya menjadi tanda tanya dan sehinggakan hari ini perasaan tidak puas hati mula timbul. Maka dengan ini juga saya menyarankan agar pelajar, berilah sokongan pada kami untuk memperjuangkan hak-hak pelajar. "Berfikiran terbuka bukan bererti menerima segalanya dengan sambil lewa, tapi meneliti akan makna persoalan tentang Apa, Siapa, Kenapa, Mana dan Bagaimana"

Di sini juga kita menyediakan ruang untuk anda bercerita dan juga anda boleh menghantar maklum balas pada menu "HUBUNGI" di tab manu di atas.

Sekian.

From : Admin Blog MPP

Terima Kasih

Rakan


Saturday, January 16, 2010

  Aktif Facebook : Sertai Kami Sekarang



Kemajuan teknologi kini banyak membantu kami dalam melebarkan sayap informasi terkini, penyebaran maklumat secara menyeluruh dapat memberikan impak yang besar dalam dunia globalisasi kini. Segalanya dihujung jari. Maka dengan ini kami juga tidak mahu ketinggalan dalam meneruskan agenda perjuangan kami sebagai sebuah Majlis Perwakilan Pelajar IKM Sik Kedah.



Setinggi-tinggi ucapan terima kasih penuh penghargaan buat semua bekas-bekas barisan kepimpinan MPP yang sebelum kami yang dahulunya dikenali sebagai BPP ( Badan Perwakilan Pelajar ) anda semua adalah contoh dan idola kepada kami bagi mewarisi barisan kepimpinan di Institut Kemahiran Sik Kedah.

Kepada anda semua, jom sertai kami di facebook. Berkongsilah segala maklumat "Jelajah Informasi, Bergerak Seiring Untuk Agama, Bangsa Dan Negara"


PAUTAN KE LINK FACEBOOK : [ MPP IKM SIK On FaceBook ]Justify Full