Perjalanan di minggu MSR berlangsung lancar, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNYA maka kami semua berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran meskipun kini kelihatan sedikit rapuh namun ianya dapat ditampung dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Hingga ke saat ini, segalanya kini menjadi sebuah kenangan setelah sesi majlis penutup berlangsung semalam pada hari Khamis 21 Januari 2010 di Hutan Lipur Lata Bayu Baling Kedah maka berakhir sudah perjalanan kami dan mereka di minggu MSR. Namun, bagi kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, tugasan kami tidak terhenti sampai sini. Masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu diharungi. Dengan berbekalkan kesabaran dan ilmu yang ada, kami masih mampu berdiri teguh di sini, Alhamdulillah.
Segalanya bakal berubah kerana kami mahukan perubahan ke arah yang lebih efektif dan fleksibel. Selain daripada itu, kami mahukan kerjasama semua pelajar dan juga kami mahukan sokongan dari semua pihak agar kami dapat melakukan yang terbaik. Semoga harapan MPP disatukan bersama harapan kamu semua.
Bergambar kenangan bersama-sama dengan pelajar-pelajar baru Artikulasi dan Semeseter 1. Turut bersama Timbalan Pengarah Tuan Haji Mohamad Bin Mohd Noor, Penyelaras MPP Encik Shalyzam Bin Mohmad Shukri, Encik Yusri, Encik Hamsa, Puan Nurul, Encik Ghazali, Encik Muzaimi DAN Barisan Majlis Perwakilan Pelajar
Majlis Penutup yang begitu bermakna bagi mereka sementelah minggu silaturrahim berakhir di sini selama 4 hari mereka bersama kami. Dengan ikatan kemesraan yang terjalin ini diharapkan ianya berkekalan sampai bila-bila.


