JELAJAH INFORMASI, BERGERAK SEIRING UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKM SIK KEDAH :

  • JABATAN ELEKTRONIK :

    Sijil Teknologi Komputer ( STKM )
    Sijil Teknologi Elektronik Industri ( STEI )

  • JABATAN ELEKTRIK :

    Sijil Teknologi Elektrik Kuasa ( STEK )
    Sijil Teknologi Elektrik Domestik ( STED )
    Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara ( STPP )

  • JABATAN SENI DAN REKABENTUK :

    Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik ( STRG )
    Sijil Teknologi Lanskap ( STLP )

    Terdapat 8 kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah.

ENCIK SHALYZAM BIN MOHMAD SHUKRI

Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar IKM Sik Kedah

Beliau banyak membantu dalam pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan pengalaman yang beliau kongsi bersama MPP, kini MPP sudah mula berperanan penting di Institut ini. Agenda yang paling penting untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan adalah dengan mewujudkan keistimewaan MPP sebagai sebuah orgnisasi di IKM ini. Sekiranya ada ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak, maka hendaklah kita duduk semeja dan berbincang mengenai isu-isu yang menjadi persoalan. Segala masalah boleh diselesaikan apabila kita bersikap rasional dan matang dalam membuat keputusan.

Selain itu, beliau ( Encik Zam ) berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan MPP, maka hendaklah hadir bersemuka dengannya untuk berbincang tentang apa yang sebenarnya menjadi tanda tanya dan sehinggakan hari ini perasaan tidak puas hati mula timbul. Maka dengan ini juga saya menyarankan agar pelajar, berilah sokongan pada kami untuk memperjuangkan hak-hak pelajar. "Berfikiran terbuka bukan bererti menerima segalanya dengan sambil lewa, tapi meneliti akan makna persoalan tentang Apa, Siapa, Kenapa, Mana dan Bagaimana"

Di sini juga kita menyediakan ruang untuk anda bercerita dan juga anda boleh menghantar maklum balas pada menu "HUBUNGI" di tab manu di atas.

Sekian.

From : Admin Blog MPP

Terima Kasih

Rakan


Saturday, February 6, 2010

  Warden Kita


Tanpa mereka kita tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan bila kita ada mereka maka kita perlu peka terhadap tugas mereka. Warden-warden asrama umpama ibu bapa kita yang menjaga kita, sihat kita, sakit kita dan bagaimanakah keadaan kita di sini. Sekiranya mereka tiada dan kita pula hilang punca, apa yang kita akan lakukan? fikirkanlah...

Setiap kalinya kita bermasalah, sila rujuk pada mereka ini, mereka sayangi kita sebagai pelajar Institut Kemahiran MARA Sik Kedah yang menganggap kita seperti anak-anak kecil mereka sendiri. Sedarkah kita bahawasanya dengan kesalahan yang kita lakukan, sedikit sebanyak telah mengecewakan para warden? Bagaimana pula sekiranya kita mengecewakan harapan ibu bapa kita? Seperti kata ketua Warden Encik Azlan "Fikirkanlah apa yang pernah anda (pelajar) sumbangkan pada IKM Sik Kedah? Apa yang telah anda lakukan?"

Kalau boleh marilah kita fikirkan bersama-sama, untuk apa kita ke sini? Adakah untuk bermain-main atau pun hanya sekadar suka-suka dan tidak ketinggalan pula pada yang terpaksa datang ke sini untuk belajar? Ayuhlah rakan-rakan semua, kita belajar cara untuk menghormati diri kita serta seterusnya kita belajar untuk menghormati orang lain. Perkara ini tidak semudah yang dirancang tetapi mudah untuk kita fikirkan selagi hati kita masih lagi terdetik untuk mengatur langkah menuju ke pintu kejayaan.

Warden-warden IKM SIK KEDAH bergambar kenangan ketika selesai menjalankan spot check di bilik-bilik asrama pada Rabu malam Khamis 3hb Febuari 2010 dengan diterajui ketua Warden iaitu Encik Azlan. Dari kiri turut bersama Timbalan Pengarah HEP Tuan Haji Mohammad Bin Mohd Noor.

Tidak hairanlah pada hari ini ada di antara anak-anak muda yang telah melencong jauh terpelusuk ke arah kehancuran kerana terdedah pada persekitaran yang tidak sihat serta mudah terpedaya dengan agenda orang-orang barat tanpa kita memikirkan akan hukum hakam Agama Islam membuatkan mereka semakin hanyut dibuai mimpi indah yang hanya bersifat sementara hanya di sebabkan oleh daya pemikiran negatif kita sendiri. Maka perkara negatif tersebut sentiasa dan biasa berlaku biarpun anak-anak muda ini diluar sana sedia tahu bahawa kerajaan iaitu MARA tetap di sini menyediakan ruang belajar khususnya untuk anak-anak Melayu dan bumiputera supaya lebih berinteraktif dan berdaya saing di dalam dunia kemahiran bukan hanya di sektor kerajaan malah juga di sektor swasta. Apakah kita mahu lepaskan peluang keemasan ini dengan begitu sahaja ?

Mereka ( Warden ) sering kali mengingatkan kita supaya usah mengecewakan harapan ibu bapa, usah mengikut rasa prasangka, belajarlah dan belajarlah membaiki kesilapan lalu agar kita tahu siapa kita di mata masyarakat. Di sinilah tempat kita mendalami, menjiwai watak diri kita, bukannya mengikut jejak langkah yang bukan-bukan, maka dengan itu lahirlah diri kita yang berdisiplin sekiranya kita mengikuti peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Majlis Perwakilan Pelajar begitu berbangga kerana kita mempunyai warden-warden yang beribawa mendukung harapan bangsa untuk kita semua biarpun banyak gelora namun semangat tetap membara. Oleh itu kita mesti berganding bahu dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul.