JELAJAH INFORMASI, BERGERAK SEIRING UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKM SIK KEDAH :

  • JABATAN ELEKTRONIK :

    Sijil Teknologi Komputer ( STKM )
    Sijil Teknologi Elektronik Industri ( STEI )

  • JABATAN ELEKTRIK :

    Sijil Teknologi Elektrik Kuasa ( STEK )
    Sijil Teknologi Elektrik Domestik ( STED )
    Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara ( STPP )

  • JABATAN SENI DAN REKABENTUK :

    Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik ( STRG )
    Sijil Teknologi Lanskap ( STLP )

    Terdapat 8 kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah.

ENCIK SHALYZAM BIN MOHMAD SHUKRI

Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar IKM Sik Kedah

Beliau banyak membantu dalam pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan pengalaman yang beliau kongsi bersama MPP, kini MPP sudah mula berperanan penting di Institut ini. Agenda yang paling penting untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan adalah dengan mewujudkan keistimewaan MPP sebagai sebuah orgnisasi di IKM ini. Sekiranya ada ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak, maka hendaklah kita duduk semeja dan berbincang mengenai isu-isu yang menjadi persoalan. Segala masalah boleh diselesaikan apabila kita bersikap rasional dan matang dalam membuat keputusan.

Selain itu, beliau ( Encik Zam ) berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan MPP, maka hendaklah hadir bersemuka dengannya untuk berbincang tentang apa yang sebenarnya menjadi tanda tanya dan sehinggakan hari ini perasaan tidak puas hati mula timbul. Maka dengan ini juga saya menyarankan agar pelajar, berilah sokongan pada kami untuk memperjuangkan hak-hak pelajar. "Berfikiran terbuka bukan bererti menerima segalanya dengan sambil lewa, tapi meneliti akan makna persoalan tentang Apa, Siapa, Kenapa, Mana dan Bagaimana"

Di sini juga kita menyediakan ruang untuk anda bercerita dan juga anda boleh menghantar maklum balas pada menu "HUBUNGI" di tab manu di atas.

Sekian.

From : Admin Blog MPP

Terima Kasih

Rakan


Monday, February 1, 2010

  Air

Pentingnya air dalam kehidupan seharian kita, namun kita harus berjimat cermat menggunakannya. Bagaimana? bersamalah kita fikirkan...

Sekiranya hari ini nikmat air ditarik balik oleh Allah SWT, bagaimana keadaannya? Pernahkah kita terfikir akan waktu dahulu? Pernahkah kita bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh-Nya?



Allah SWT Maha Penyayang dan Maha Pengasihani, Dia sentiasa menguji hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa....