Ramai yang tertanya-tanya selepas belajar di sini ingin ke mana pula? Peringkat sijil juga sudah layak membolehkan anda mengintai peluang pekerjaan. Anda sudah pun diberi pendedahan awal dalam kemahiran. Usah risau kerana negara kita amat memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir. Peluang itu sentiasa terbuka.
Namun, ianya terpulang kepada anda bagaimana hendak memulakan langkah selepas ini. Adakah anda ingin menyambung ke peringkat yang lebih tinggi atau terus mencari pekerjaan. Tetapi ingat, sikap dan attitude mestilah dijaga dengan baik kerana itu akan mencerminkan imej anda kelak.
Anda boleh sambung ke peringkat diploma selepas dari ini. Banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta menawarkan pakej pembelajaran yang moden dan memenuhi permintaan dalam industri tempatan.
Bagaiman jika gagal? kegagalan itu adalah perpunca dari anda sendiri kerana tidak mahu belajar dari kesilapan. Usah difikirkan bahawa tempat belajar adalah untuk semata-mata belajar dari buku dan praktikal sahaja. Anda perlu melatih diri anda untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kelak. Maka dengan itu persiapan mesti dilakukan mulai sekarang.
Tingkatkan produktiviti, intelektual dan semangat jitu dalam diri anda. Seharusnya anda lebih peka dalam menilai sesuatu yang baik. Jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif kerana ia akan menyebabkan anda akan terus mundur.
Segala keputusan di tangan anda sebagai pelajar dan bekas pelajar IKM Sik Kedah. Tidak kiralah di mana pun anda akan menyambung pelajaran anda, sikap dan contoh yang baik mesti dibawa bersama-sama. Itulah kejayaan terbesar anda menjadi seorang yang boleh memberikan impak yang besar pada masayarakat.
Sekian.
Rakan
Thursday, February 24, 2011
Selepas tamat di sini, ke mana pula?
Minggu Silaturrahim(2) 2011
Minggu silaturrahim ini bermula pada 18 hingga 21 Januari 2011, seramai 50 orang pelajar telah mengikuti Program Minggi Silaturrahim bertempat di IKMS. Program tersebut di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKMS yang di ketuai oleh Saudara Izzudin.
Minggu Silaturrahim ini adalah sebagai langkah pertama untuk melatih pelajar untuk menikmati persekitaran baru disamping memupuk disiplin dalam diri pelajar agar lebih berketrampilan sebagai seorang pelajar.
Program ini telah di jayakan oleh pelajar-pelajar baru dengan sempurna.
Wednesday, September 8, 2010
SALAM AIDILFITRI
Semoga di Aidilfitri ini dapatlah kita bermaaf-maafan dan melupakan sengketa lama jikalau ada. Tangan dihulur memohon kemaafan di hari yang mulia ini.
Maaf Zahir Dan Batin
Tuesday, June 22, 2010
Warkah Untuk Anda
Penulis : Mohd Rashid Bin Salim
Sehubungan dengan itu, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pemohonan untuk belajar di Institut Kemahiran Mara Sik Kedah. Secara tidak langsung anda telah menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan hasrat membina negara maju yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama dalam mendisplinkan diri supaya dapat memantapkan sahsiah serta kekuatan mental dan fizikal yang ada di dalam diri kita. Selain daripada itu, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta iaitu ALLAH SWT kerana segala nikmat dan anugerah yang diberikanNya adalah bukan sia-sia. Maka gunakanlah peluang ini sebaik-baik mungkin. Seperti kata pepatah Melayu, "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."
Pihak IKM serta Majlis Perwakilan Pelajar mengalu-alukan kedatangan anda semua ke sini setelah tiba di hari pendaftaran. Syabas dan tahniah sekali lagi untuk anda. "Wassalam~!"
Monday, May 17, 2010
Minggu Peperiksaan Akhir Semester Hampir Tiba
24 May 2010 - Pada tarikh ini peperiksaan akhir semester akan tiba, Kami semua mengharapakan restu dari semua pihak khususnya ibu bapa pelajar sekalian. Rasanya belum terlewat bagi Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Hari Guru yang di sambut semalam 16 May 2010 kepada semua warga pendidik IKM Sik Kedah serta seluruh pengajar/guru di seluruh Malaysia.
Salam Perpisahan
Selamat maju jaya buat Pengarah IKM Sik Kedah yang akan bertukar ke KKTM Ledang Johor. Kami MPP begitu berbangga kerana pernah berada di bawah pentadbiran beliau di IKM Sik Kedah ini. Biarpun kini pengarah Tuan Ahmad Jalaludin Bin Mohd Wahi akan bertugas sementara di HQ MARA Jalan Raja Laut sebelum memulakan tugas belias sebagai Pengarah di KKTM Ledang sebuah Kolej baru yang akan dibuka pada awal tahun hadapan, kami tetap merasakan sebuah kehilangan yang begitu besar, namun begitu, demi sebuah perubahan beliau akan terus menjayakan misi dan visinya.
Jasamu dikenang...
Tuesday, April 27, 2010
Bukan Senang Nak Memimpin
Banyak perkara yang perlu diteliti dan banyak aspek dan sudut mesti dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Apa yang penting perlu cekal dan tabah serta berpegang pada pendirian yang benar dan hendaklah sentiasa teguh serta kukuh.
Bagi pendapat saya, agak susah untuk membentuk sahsiah peribadi seseorang yang lain melainkan kita sendiri membentuk sahsiah dan keperibadian diri kita sendiri terlebih dahulu di samping kita menkaji dan melihat orang lain.
Dengan itu barulah orang lain akan pandang dan ikut. Sungguhpun begitu kita kenalah bersabar kerana setiap apa perkara kebaikan yang kita lakukan mesti ada halangannya.